BUTTERWORTH: Seorang anggota polis cedera di beberapa bahagian badan selepas dilanggar seorang remaja lelaki yang cuba meloloskan diri ketika ditahan dalam operasi samseng jalanan di Kilometer 121.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini awal pagi hari ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Siti Nor Salawati Saad berkata anggota polis lelaki berpangkat koperal dan berusia 33 tahun itu patah pada tulang rusuk kiri, bengkak kaki kiri, gegaran di kepala dan luka di badan.
"Sepasukan anggota polis telah menjalankan operasi berkenaan di sekitar Kampung Teluk dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) bermula 3 pagi tadi.
"Hasil pemerhatian terdapat beberapa kumpulan motosikal sedang berkumpul dan menunggang secara berbahaya di kawasan itu terutama dua motosikal ditunggang dua remaja lelaki," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata dua anggota polis kemudian bertindak mengekori dua motosikal terbabit yang memecut laju dan cuba meloloskan diri ke arah Sungai Petani, Kedah sebaik menyedari kehadiran polis.
Siti Nor Salawati berkata ketika tiba di Kilometer 121.5 itu, anggota polis yang menunggang motosikal mengekori dua remaja terbabit cuba menahan mereka, namun secara tiba-tiba satu daripada motosikal berkenaan telah melanggar koperal itu hingga kedua-duanya terjatuh.
"Polis kemudian menahan kedua-dua remaja berusia 19 dan 20 tahun itu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 353 dan 186 Kanun Keseksaan manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan mendapati satu daripada motosikal terbabit menggunakan nombor pendaftaran palsu dan polis turut menyita motosikal serta mengeluarkan saman terhadap mereka kerana tiada lesen memandu, tiada cukai jalan dan insurans serta mengubah suai motosikal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Anggota polis berusia 33 tahun itu patah pada tulang rusuk kiri, bengkak kaki kiri, gegaran di kepala dan luka di badan.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
Koperal polis cedera dilanggar mat rempit
Anggota polis berusia 33 tahun itu patah pada tulang rusuk kiri, bengkak kaki kiri, gegaran di kepala dan luka di badan.
Anggota polis cedera dilanggar kereta dipandu warga asing
Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera di tapak tangan kanan semasa bertugas di sekatan jalan raya selepas dilanggar sebuah kereta dipandu warga asing semalam.
Anggota polis cedera ketika cuba tahan suspek mabuk, gaduh di Lebuh Chulia
Seorang anggota polis mengalami kecederaan luka di tangan ketika cuba menahan seorang lelaki yang terlibat dalam pergaduhan, di Lebuh Chulia.
Anggota polis parah dirempuh pemandu positif dadah
Dalam kejadian jam 1.53 pagi itu mangsa, Lans Koperal Meor Mohd Asri, 33, mengalami patah kaki kanan, cedera di kedua-dua belah tangan dan menerima sebanyak enam jahitan di kepala.